0 ♥ notes

Dream oh dream

Jadi bila kita bermimpi, perasaan itu turut tinggal. Menarik ke dalam lubuk hati. Itu mimpi yang kita mahu. Kita perlu untuk terus berdiri dan mensyukuri kenapa dan mengapa kita bernafas lagi. Kita damba dan ingin ingat. Tapi mimpi boleh aneh. Juga.Boleh mententeramkan jiwa.

Ku berlari, kududuk, ku berjalan seiring kumpulan itu. Pemandangan biasa2 sekitarku. Lalu kami sampai di sebuah masjid kampung seraya seorang dari kami membunyikan 'bedong'. Lantas kami ke dalam. (kerap aku mengingat mimpi sekarang2 ni)

Ini mimpi mungkin sangat biasa. Tapi cukup indah dan simbolik untuk diingati. Tafsiranku, jadilah lebih baik, Zick. Atau dalam erti kata lain, untuk kita mencapai dan ingin apa yang kita hajati, dekatilah Dia. Dengan dekat pada-Nya dan hanya dengan izin-Nya..itu yg aku perlu percaya. Keyakinan itu yang amat kita perlu.

Dia tidak janji hidup kita akan selalu bahagia di dunia. Itu benar. Hidup memang perlu rasa kesengsaraan, rasa lemah, rasa sesak, rasa tension yang amat supaya kita amat memerlukan Dia. Jangan lelah. Jangan berhenti. Terus berjalan dan tersenyum. Pelangi muncul lepas hujan. Mentari timbul saat pagi datang. Tiada kusut yang tidak selesai, Zick. Apa pun yang menghalang, Dia pasti bersamamu...

0 ♥ notes

Modifikasi otak tengah

Selalu begini aku tanyakan diri, masih senangkah? Masih ada ruangkah? Tapi bila difikirkan hati takkan dapat memenuhi apa yang minda perlu. Hati cuma rasa puas bila minda rasa tenang. Hati cuma senyap bila minda mulai berhenti berfikir. Tapi minda takkan membuat kata putus tanpa mempersoalkan keadaan hati. Minda akan terus berlari2 anak ke sana ke mari mencari jawapan pasti. Sedangkan hati sudah mendapat kedamaian.

Bila difikir-fikir lagi...maka wujud otak dibahagian tengah- instinct. Naluri. Firasat. Memang bila keseimbangan wujud antara mata hati dan mata akal, firasat akan berfungsi secara sihat. Nah, firasat apa lagi?! Apa lagi kau mahu wahai minda. Kau lemparkan segala kata, segala rasa dalam logik akal yang tak tercapai. Itu tak betul. Itu salah. Ini mungkin. Mungkin satu obsesi tentang hati. Tentang rasa.

Maka, wujudlah satu kekeliruan. Kecelaruan yang menyesakkan hati dan minda. Kemana lagikan kau lari? Ke puncak tinggi atau ke dasar laut mati? Tiada yang indah tanpa rasa susah. Tiada yang mudah tanpa mempermudah. Jadi, mudahalih kan hati dan minda. Perlu di tahap neutral. Perlu dirantai. Perlu di penjara apa yang tidak terkata. Ini kepastian yang tidak abadi. Jika sampai tika dan waktu, maka yang di penjara akan lepas bebas menari di pentas dunia. Tika itu, siapa yang mampu mempersoalkannya....

Maka, mudahalihkanlah hati ni. Modifikasikanlah jiwa ini. Ke tetapan yang lebih berkemanusiaan dan ke arah redha Tuhan.