> Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai
> kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa
> begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu
> bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah
> kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah
> selesai, timbul pula masalah baru.
>
> Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa
> anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk
> dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah
> air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia
> memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur
> dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk
> terakhir.
>
> Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si
> anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar
> sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh
> ayahnya.
>
> Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia
> menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk,
> mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk
> yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
>
> Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau
> lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.
>
> Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia
> melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap
> dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan
> memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati
> sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
>
> Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia
> tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang
> wangi.
>
> Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini,
> ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu
> telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam
> air dengan api yang panas tetapi masing-masing
> menunjukkan reaksi yang berbeza.
>
> Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar
> dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi
> lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya
> mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi
> setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi
> pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada
> didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan
> rasa air tersebut.
>
> "Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang
> mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal
> kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu
> mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?
> Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya
> ayahnya.
>
> Bagaimana dengan anda ? Apakah anda adalah lobak
> yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan
> dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan
> kehilangan kekuatanmu.
>
> Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya
> memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ?
> Namun setelah adanya kematian, patah hati,
> penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan
> akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku.
> Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi
> pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?
>
> Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah
> air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk
> mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah
> celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi
> akan terasa semakin nikmat.
>
> Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan
> menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan
> menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu
> juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan
> serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang
> membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk
> diminum. Apakah anda seperti itu ?"
= )
Kenangan Dulu
8 years ago
0 ♥ notes:
Post a Comment