"Jika Khadijah mampu memiliki penghormatan Junjungan Besar, dan Fatimah Az-Zahra dicintai sepenuhnya oleh Ali kerana Tuhannya, maka seharusnya kudup-kudup bunga zaman ini dihiasi pekerti Aisyah kerana atas dasar inilah mereka diletakkan pada persada penghormatan tertinggi." Bukan senang seorg perempuan masa kini diletakkan pada suatu tempat yang tinggi, bukan mudah untuk seorg perempuan menembusi dinding kebal seorg lelaki yg taksub mengatakan mereka jauh lebih berpotensi. Maka, haruslah diubah persepsi ini, menepis dakwaan dan sangkaan melulu kumbang2 yg masih daif menilai kecantikan asli bunga2 yg sedang bergemerlapan. Kemampuan itu terletak pada kesanggupan. Kesanggupan itu terletak pada kemahuan. Kemahuan itu pasti mencari jalannya. Sang kumbang harus lebih matang dan terus memantapkan fikiran, dan bunga2 harus terus bergemerlapan dan ikut berjuang, tanpa mencacatkan antara satu sama lain. Jadi, pelbagai cara dan dakwa diletakkan sesuai pada tempatnya. Bukan melulu menuding jari, mcari cacat dan cela. Usaha pemantapan harus selari. Berdiri, berlari, kearah yang pasti dan diredhai. Mencintai dan dicintai pasti tidak serumit gumpalan benang, tp selurus tiang yg teguh berdiri atas pasak yg kukuh. "Cabaran untuk menjadi anak yang paling bermakna dan dalam masa yang sama menyempurnakan seruan daripada pertiwi pasti mampu diatasi. Tidak ada kusut yang tidak selesai."
Kenangan Dulu
8 years ago
0 ♥ notes:
Post a Comment