Lukisan kita~

Hidup ini umpama lukisan yang sangat berwarna-warni.
Tinggal kita nak corakkannya dengan kreatif, abstrak mahupun secara konservatif. Namun, hakikatnya, kita tak selalu dapat pegang berus cat dengan betul, kadang kita menguap tercalit jadi hodoh dan pelik, kadang kita teralit(alpa) lantas kita tersalah warna.
Kita punya pilihan untuk berehat seketika ataupun mewarna tanpa henti. Kita punya satu matlamat. Mewarna sampai habis. Atau dalam kata lain, menyiapkan sebuah lukisan indah buat tatapan mereka. Demi kepuasan peribadi mahupun untuk laku di mata mereka. Persekitaran boleh membantu. Turut, membantut. Terus sahaja melukis kerana matlamat dituju tak kira cepat mahupun lambat, kita juga yang putuskan masa. Kita melukis biar cantik. Kita mewarna, biar sekata. Mahu tak mahu, mereka melihat dan membaca kita. MUngkin yang kita mahu kelak lukisan kita terpampang indah. Bukan masuk dalam tong sampah.

0 ♥ notes: