Selalu begini aku tanyakan diri, masih senangkah? Masih ada ruangkah? Tapi bila difikirkan hati takkan dapat memenuhi apa yang minda perlu. Hati cuma rasa puas bila minda rasa tenang. Hati cuma senyap bila minda mulai berhenti berfikir. Tapi minda takkan membuat kata putus tanpa mempersoalkan keadaan hati. Minda akan terus berlari2 anak ke sana ke mari mencari jawapan pasti. Sedangkan hati sudah mendapat kedamaian.
Bila difikir-fikir lagi...maka wujud otak dibahagian tengah- instinct. Naluri. Firasat. Memang bila keseimbangan wujud antara mata hati dan mata akal, firasat akan berfungsi secara sihat. Nah, firasat apa lagi?! Apa lagi kau mahu wahai minda. Kau lemparkan segala kata, segala rasa dalam logik akal yang tak tercapai. Itu tak betul. Itu salah. Ini mungkin. Mungkin satu obsesi tentang hati. Tentang rasa.
Maka, wujudlah satu kekeliruan. Kecelaruan yang menyesakkan hati dan minda. Kemana lagikan kau lari? Ke puncak tinggi atau ke dasar laut mati? Tiada yang indah tanpa rasa susah. Tiada yang mudah tanpa mempermudah. Jadi, mudahalih kan hati dan minda. Perlu di tahap neutral. Perlu dirantai. Perlu di penjara apa yang tidak terkata. Ini kepastian yang tidak abadi. Jika sampai tika dan waktu, maka yang di penjara akan lepas bebas menari di pentas dunia. Tika itu, siapa yang mampu mempersoalkannya....
Maka, mudahalihkanlah hati ni. Modifikasikanlah jiwa ini. Ke tetapan yang lebih berkemanusiaan dan ke arah redha Tuhan.
0 ♥ notes:
Post a Comment