Sama

Akhir-akhir ini, hidup sangat bosan, sangat sibuk. hidup hanya dengan melakukan perkara yang sama tiap hari. "ALWAYS" adalah perkara yang berlaku setiap kali. saya sudah berada di zone selesa di mana saya tidak lagi mencuba pekara-perkara baru. Amat membimbangkan. I am not at ease. Situasi yang tidak patut berlaku pada seorang novice teacher. Novice teacher ataupun guru permulaan merupakan gelaran saya. Penyapu baru pula antara gelaran yang saya raih(diberi oleh seorang senior). Bangga? Oh tidak. saya punya pelbagai tanggungjawab untuk dilaksanakan. baik sekarang, nanti atau akan datang. semuanya sudah diatur rapi. "U r no longer the baby!" Gembira dapat junior 2bulan tapi hati kecil saya tetap yakin yang saya memikul setong/ seunit tan/ berbonggol-bonggol tanggungjawab yang saya sendiri tak dapt bayangkan. ini merupakan cabaran, halangan kepada usaha ataupun keyakinan seorang kerdil yang baru menapak dalam profesion serba menduga ini. Saya dah tak larat nak memikirkan bila la nak siap laporan orientasi ni, tak larat nak fikir bilakah saya dapat menanda semua kerta esei pelajar-pelajar saya yang bertimbun tu. The same things happen. Bola tu cuma berpusing-pusing pada tempat yang sama. Cuba la disepak ke tempat baru sekali sekala. Sama. Mengeluh lagi.

0 ♥ notes: