saya bukan siapa-siapa

Saya bukan anak dato'
yang bila saya mahu
saya dapatkan hampir apa sahaja

Saya bukan anak maharaja
yang bila saya arahkan
semua menurut perintah takutkan ayah saya

Saya bukan anak ahli politik
yang bila saya mengada-ngada
semua rasa saya comel
sebab nak ampu tuan mereka

Saya bukan siapa-siapa
cuma perhati dari 350 darjah
yang hairan melihat dunia
Selalu
pijak bumi tapi tak lekat tanah
terbang tinggi tapi bukan kepak sendiri
menyanyi sumbang tak tunjuk gigi
mengaku seni tapi cuma mau royalti
Alih-alih
dunia berputar lagi. Tapi bersegi.

dyradyana, 2011




0 ♥ notes: