Tidak lagi

Kenapa manusia sentiasa punya pilihan dan selalu mereka tersalah pilih ( atau betul Cuma kurang tepat), aku adalah manusia yang kerap musykil dan akan sentiasa mempersoalkan kelebihan orang yang boleh membuat pilihan tapi tidak sedar akan kelebihan tersebut. Bersyukur la kau nak, pilihanmu akan membentuk jalan hidupmu, juga, pilihanmu akan mencorak warna hidupmu, dan percaya atau tidak, pilihanmu boleh mengancam atau menjamin bahagiamu. Aku Cuma ingin kau tahu bahawasanya kau punya pilihan. Penentu nasibmu adalah usahamu. Belajarlah memilih dengan cara yang paling tepat. Mungkin kurang selamat tapi pengakhirannya menjanjikan aman, atau pilihan selamat tapi sedari atau tidak, jalan penuh liku.


Aku pernah berada di berapa ketika dan saat harus memilih . It was a life-changing moment. Aku harus memilih cita-cita aku dan cita-cita orang tuaku. Aku juga harus memilih samada memilih masa depanku atau cinta. Dan ketahuilah aku bukan pemilih yang tepat. Dan akhirku juga penuh liku. Punya takdir sebegini bikin aku semakin risau akan pengakhiranku. Adakah aku di landasan yang akhirnya mencapai destinasi pilihanku sendiri atau kelam dalam sesalku. Tiada kesudahan bagi mereka yang sentiasa menoleh. Aku mahu percaya happy ending wujud pada setiap yang percaya akan wujudnya ia. Aku mahu percaya ending aku pasti seindah yang aku lakarkan.

Cuma aku tak percaya akan cinta lagi. Aku sudah tak bisa mencintai lagi. Aku sudah membenci cinta. Sudah penat mencinta dan hanya ada Cuma rasa takut akan hati ini berbunga ros hitam. Biarlah ia tandus dari punya duri tajam menikam. Aku terlalu kecewa bila saat bahagia di puncak, dia lantas tinggalkan aku dan pilih yang lain. Ya, aku terus terang rasanya semahu mati. Aku benci kerana aku percaya cinta, lagi dan lagi. Dan biarlah rasa ini terkubur mati. Biar Tuhan tentukan aku hanya akan bersama dia yang Cuma punya rasa cinta pada Yang Esa. Dan bukan padaku, aku lebih rela.

Tetapi, tidak akan.

Tidak mungkin lagi.

0 ♥ notes: